MAKLUMAN PENTING

MAKLUMAT PENANGGUHAN PROGRAM LATIHAN TAJAAN KPM UNTUK TAHUN 2010

DI SINI.

BERITA TERKINI BAHAGIAN TAJAAN DARI LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KLIK DI SINI.

Friday, May 29, 2009

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN

KEPUTUSAN PENERIMA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) AKAN KELUAR PADA 16HB JUN 2009.

SILA KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

TARIKH ADALAH BERHAK DIPINDA SEKIRANYA PERLU.


Wahhhh..makin tk sabar2 nih.... :)

Thursday, May 14, 2009

Semakan Penempatan PKPG

Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) di bawah
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

SELAMAT HARI GURU 2009

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Seterusnya klik di sini. Laman web khas untuk Sambutan Hari Guru 2009 dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kami dari Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru / ustaz / ustazah di seluruh Malaysia sempena Hari Guru pada 16hb Mei 2009.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

PEMBETULAN MAKLUMAT - PERLUKAH MOHON UNIVERSITI DAHULU?

Untuk Pertanyaan pada April 23, 2009 5:29 PM (bawah entry bertajuk Temuduga HLP /Biasiswa Perguruan

Soalan:
Anonymous said...
bilakah keputusan akan diumumkan? perlu tak saya memohon tempat di universiti dahulu?

(WM: Ada kesilapan pada jawapan yang saya berikan..harap maaf. Di bawah adalah maklumat tepat dari Pegawai Program.)

Jawapan sebenar:

Untuk makluman, di dalam surat panggilan temuduga, kami telah mengesyorkan agar pegawai memohon tempat pengajian untuk kemasukkan Julai 2009 walaupun belum mendapat keputusan HLP bagi mengelakkan mereka tidak mendapatkan tempat pengajian. Kami sememangnya mahu mengelakkan kemasukan pada akhir Disember yang ramai seperti tahun lepas yang telah menyebabkan banyaknya pembayaran di bawah AP58(a). Walau bagaimanapun, tempat pengajian bukanlah satu jaminan kepada pegawai untuk mendapatkan HLP.

Sekiranya pegawai yang dah dapat tempat pengajian tetapi tidak mendapat biasiswa, beliau boleh tolak tawaran kemasukan ke universiti atau membuat penangguhan pengajian.

Wednesday, May 13, 2009

Tawaran Biasiswa Anjuran Kerajaan Jepun (JICA) Kursus Peringkat Sarjana

Tawaran Biasiswa Anjuran Kerajaan Jepun (JICA) Kursus Peringkat Sarjana Dalam Bidang Instructional System


Tarikh Tutup : 25 Mei 2009

Tempat : Kumamoto University, Kyushu, Jepun
Tempoh : September 2009 - Mac 2011
Kategori : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah


Syarat-syarat Permohonan :

Calon-calon yang ingin memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Syarat-syarat cuti belajar seperti Lampiran 2
Penajaan : Kerajaan Jepun


Dokumen Permohonan :


Borang KPM(LDP) 1/2003 (Pindaan 2005)
Borang JPA (L) LDP 1A/96
Borang JPA (L) LDP 1B/96 (Pindaan 1/2003)

JICA Application Form


Semua calon perlu mengemukakan Borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat berikut :-

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 12-13, BLOK E12, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62614 PUTRAJAYA
(u.p. : Pn Zalina bt Morad)

Pegawai Bertanggungjawab :
ZALINA BT MORAD

emel : zalina.morad@moe.gov.myTel : 03 - 8884 7119 / 7650Faks : 03 - 8888 6294

Maklumat lanjut di Laman Web KPM

Borang dan maklumat untuk dimuat turun:


Muat Turun - Lampiran 2 (82.54 KB )


Muat Turun - Borang KPM LDP Bil 1_2003 (62.04 KB )


Muat Turun - Borang JPA 1 (34.70 KB )


Muat Turun - Application Guideline (79.15 KB )


Muat Turun - JICA Application Form9 (11.45 KB )

Monday, May 11, 2009

Tuntutan Tesis Master / Phd

Untuk menjawab pertanyaan bertarikh May 8, 2009 7:54 PM

Salam,

Saya ada cadangan, itu pun kalau boleh dilakukan didalam blog ni. Boleh tak pihak tuan/puan masukkan, kelayakkan tuntutan yang boleh dibuat oleh calon yang mendapat tajaan. Walaupun maklumat ini telah dibekalkan semasa intervensi, tetapi masih ada banyak kekeliruan dikalangan pemegang biasiswa. Sebagai contoh, untuk tesis, boleh claim RM1,500 setelah selesai kajian. Tapi ada pula yang kata, akan dibayar secara pukal, contohnya RM6,000 untuk disertation yang lebih dari 12 jam kredit.
Satu yang saya kurang pasti lagi salinan tesis perlu diserahkan kepada Bahagian Tajaan atau EPRD? Terima kasih.

Jawapan


Setelah membuat pertanyaan dan rujukan pada pegawai berkaitan, saya telah difahamkan bahawa jumlah tuntutan Elaun tesis bagi pengajian peringkat master/sarjana yang dibayar adalah RM1500 dan syarat jam kredit adalah 6 jam kredit ke atas.

Manakala bagi pengajian peringkat pHd pula, bayaran elaun yang diberikan pada pemegang biasiswa HLP adalah RM6,000.


Salinan tesis pula hanya satu sahaja yang diperlukan, dihantar kepada pihak Bahagian Tajaan setelah lengkap...dan pihak kami pula akan menghantarnya kelak ke EPRD.


(jawapan lebih detail tentang elaun tesis, boleh cuba hubungi En. Zuraidi di talian 03-88847129 [Peringkat Master]
atau cik Salmah di talian 03-88847007 [peringkat phD])

Sekian.


Soalan ke 2 May 8, 2009 7:59 PM
Saya ada satu lagi pertanyaan. Daripada maklumat yang saya dengar daripada kawan, pemegang biasiswa hanya perlu memohon kelulusan untuk melakukan kajian ke EPRD sekiranya kajian akan dilakukan di sekolah atau berkaitan KPM. Tetapi kalau kajian berkenaan tidak berkaitan dengan sekolah atau KPM, tidak perlu. Contohnya bagi kajian yang melibatkan pure content based yang dibuat di fakulti selain daripada Fakulti Pendidikan? Adakah maklumat ini tepat? Terima kasih.

Jawapan Pegawai BT

Tak berapa pasti tapi lebih baik jika semua kajian diminta kebenaran dari EPRD.


Sekian



Thursday, May 7, 2009

TAMAT SUDAH TEMUDUGA ITU

Khamis - 07/05/2009 telah tamat semua temuduga Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa dan Penuh Masa... yang berakhir di Kuching, Sarawak.

Keputusan akan di keluarkan sebelum Jun...atau awal Jun... sekiranya tiada aral yang melintang..
Kepada calon-calon yang telah ditemuduga, harap sentiasa menyemak di laman web Kementerian Pelajaran atau di sini. Saya akan linkkan terus untuk penyemakan kelak, di sini sebaik sahaja mendapat tahu bahawa keputusan telah dikeluarkan.

Semoga kalian berjaya.

Rasanya, temuduga untuk biasiswa Ijazah Pertama Perguruan, masih berlangsung di Universiti-universiti tertentu kan... Good luck...

Monday, May 4, 2009

Amanat Menteri Pelajaran

Baru tadi balik dari Perhimpunan Bulanan KPM di PICC dengan Menteri Pelajaran yang baru.


Antara amanat beliau....

Terima kasih Tan Sri.